Blogger Backgrounds

Thursday, January 19, 2012

Semoga

Saya berdoa supaya ALLAH menjauhkan saya dari perkara-perkara yang tidak baik, bersihkanlah hati saya dan semoga saya sentiasa di bawah lindunganNYA...
AMIN!

Sunday, January 15, 2012

Saya dan Rama-Rama

Saya sangat suka rama-rama sehingga saya digelar cik rama-rama..
Rama-rama memberi makna yang mendalam kepada diri saya..
Banyak pengajaran yang kita perolehi bila kita mengkaji tentang rama-rama..
Asal-usulnya telah menunjukkan betapa besar kuasa ALLAH dalam kitaran kejadian rama-rama..

Rama-rama dan bunga tidak dapat dipisahkan.
Kedua-duanya cantik dan saya sangat suka...
Mana rama-rama saya..??
Akan terbangkah rama-rama kepada saya..??
Masa dan ketikanya pasti akan tiba..:)

Minggu lepas ada dua ekor rama-rama yang cantik masuk ke dalam rumah..
Seekor terbang keluar dan seekor lagi mati di dalam rumah saya..mmmm...:)

Minggu lepas kawan saya pergi melancong..dia telah membelikan kain yangbermotifkan rama-rama...sungguh cantik..:)

Konklusinya...semua ciptaan ALLAH di muka bumi ini cantik dengan cara masing-masing..
Sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur...
Semoga hidup kita diberkatiNYA..Amin..:)

Thursday, January 12, 2012

Perihal Tadika

Di awal tahun semua memperkatakan tentang persekolahan anak-anak..
Kemudian diselitkan..yalah masa kita dulu tidak punya banyak pilihan tadika seperti sekarang yang tumbuh bagaikan cendawan..
zaf : i dulu tabika perpaduan...
saya : i tadika Islam
yana : i tadika kemas
ramai-ramai ketawa..itu sajakah yang ada??kemudian masuk dua orang lagi
emy : i tadika kemas..
yana sangat gembira kerana ada geng yang sama tadikanya..
dilla : dilla sama ngan zaf tabika perpaduan...
saya tunggu juga kawan lain yang masuk supaya saya punya geng..tapi tiada..:)
itu saja perihal tadika..:)

Doa

Doa dan terus berdoa...
Semoga ALLAH mendengar doa saya..
AMIN YARABAL ALAMIN...:)

Sunday, January 8, 2012

Tetapi

Saya gembira tetapi sedih..
Saya sedih tetapi gembira...
Saya lah yang perlu mewarnainya...:)

Hambamu

Ini adalah lagu tema Imam Muda...

Saya suka lirik lagu ini..memberi inspirasi dan semangat kepada saya..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah




Kenangan

Semua orang pasti mempunyai kenangan diri mereka masing-masing..
Saya tidak ketinggalan..kenangan manis, kenangan pahit dan kenangan pahit akan manis jua akhirnya..
Apapun semua kenangan itu memberi ruang kepada saya untuk mengenali diri saya sendiri dan cuba menjadi lebih baik..

Jika kenangan manis yang kita lalui pasti kita tidak akan berfikir kenapa ianya terjadi atau dari mana asal usul boleh terjadi..
Tidak bagi kenangan pahit, kita seboleh-bolehnya menggali apakah titik permulaan yang menyebabkan ianya terjadi...
Bagi saya semua itu adalah ujian kepada saya yang telah mendewasakan diri saya..Walaupun pahit saya pasti menelannya..InsyaALLAH ada hikmah di sebalik yang terjadi..Kegembiraan pasti akan datang...itulah kenangan pahit akan manis jua akhirnya...
Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH..:)

Saturday, January 7, 2012

Terima Kasih

Syukran jazilan kepada kawan yang telah menolong saya...
Saya tiada ucapan lain yang dapat saya ucap selain terima kasih..
Semoga ALLAH melimpahkan rahmat, murahkan rezeki dan mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kepada kawan saya..AMIN!
Sekali lagi terima kasih kepada kawan saya..:)

Tuesday, January 3, 2012

Hati

Saya suka menulis...
Saya beritahu kepada kawan, saya suka penulisan dia, saya suka baca blog dia...
Dia membalas balik kepada saya,
Saya bukan dia...
Betul juga apa yang dia kata...
Sebab saya adalah saya..Jangan bandingkan saya dan dia..
Saya ucap terima kasih kerana memberitahu saya...
Pesanan dia..' Tulislah dari hati'...
Ya itu jawapan yang merangkumi semua...
Mulai sekarang saya akan menulis dari hati...
Syukran kepada kawan saya
Kawan saya itu adalah Cik Panda...:)

Sunday, January 1, 2012

Selamat Ulangtahun Kakak Saya

1 Januari setiap tahun adalah sambutan hari jadi kakak sulung saya Marniza Mokhtar..
Semoga sentiasa di bawah lindungan Illahi dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..
I luv u so much yong..Thanks for being such a wonderful sister for me..Same goes to Maisarah Mokhtar walaupun bukan birthday dia because both of them is the best sister in the world..Thanks to Allah for giving both of them as my sister..ALHAMDULILLAH

Tahun Baru

Azam baru, imej baru, semangat baru dan munirah aayuni yang baru... Ya ALLAH permudahkanlah urusan saya..AMIN...

Twins Of Faith Conference 2011

24 Disember 2011 dan 25 Disember 2011, saya telah menghadiri satu conference di PICC. Pada saya ia merupakan satu conference yang secara tidak langsung membawa perubahan dalam diri saya sebagai seorang umat Islam. Ku panjatkan kesyukuran kerana ALLAH memberi saya peluang menjejakkan kaki di sana.

Speaker-speaker yang datang sungguh mantap bersama-sama dengan ilmu mereka. Sungguh padat apa yang telah mereka sampaikan sehingga mampu menusuk ke dalam kalbu sanubari saya.

Saya juga dapat bertemu kawan baru di mana semuanya dengan satu tujuan ingin mendapatkan ilmu dan memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang lebih baik. Apa yang pasti semuanya kerana ingin mendapat keredhaan Illahi.

Islam itu indah bagi sesiapa yang dapat merasai kemanisannya.




Lagu ini merupakan lagu tema conference tersebut
First We Need The Love - Zain Bhikha feat. Rashid Bhikha Official Video ...

Perancangan ALLAH Hebat

Dalam hidup ini perancangan ALLAH sangat hebat..Kita selalu meminta ape yang kita nak tetapi ALLAH memberi apa yang kita perlukan...Kadang2 kita tidak akan menyangka yang semuanya sudah tersedia untuk kita. Yang penting semangat yang sungguh2 menunjukkan yang kita mahu..Insyaallah ALLAH akan bantu..ini adalah kebenaran kerana ALLAH akan bantu mereka yang ikhlas dan bersungguh..


Lebih Baik

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...
Saya memang berserah secara total kepada ALLAH untuk menentukan apa yang terbaik buat diri saya.
Doa merupakan senjata yang saya ada yang saya akan bawa ke mana-mana...
Saya sangat percaya pada doa..
Semoga ALLAH memakbulkan segala permintaan saya..AMIN

Semuanya Baru

Assalamualaikum pembuka bicara...
Saya ingin terus menulis dan menulis..
Ya ALLAH berikan ku kekuatan untuk terus mencari CINTAMU...