Blogger Backgrounds

Friday, February 10, 2012

Saya dan Rama-Rama - 2

Saya masih menunggu rama-rama saya...Bila agaknya dia akan datang kepada saya..Saya berharap kedatangannya bukanlah satu persinggahan tetapi akan kekal selamanya...

Ya ALLAH permudahkanlah saya bertemu dengan rama-rama saya..AMIN :)

Thursday, January 19, 2012

Semoga

Saya berdoa supaya ALLAH menjauhkan saya dari perkara-perkara yang tidak baik, bersihkanlah hati saya dan semoga saya sentiasa di bawah lindunganNYA...
AMIN!

Sunday, January 15, 2012

Saya dan Rama-Rama

Saya sangat suka rama-rama sehingga saya digelar cik rama-rama..
Rama-rama memberi makna yang mendalam kepada diri saya..
Banyak pengajaran yang kita perolehi bila kita mengkaji tentang rama-rama..
Asal-usulnya telah menunjukkan betapa besar kuasa ALLAH dalam kitaran kejadian rama-rama..

Rama-rama dan bunga tidak dapat dipisahkan.
Kedua-duanya cantik dan saya sangat suka...
Mana rama-rama saya..??
Akan terbangkah rama-rama kepada saya..??
Masa dan ketikanya pasti akan tiba..:)

Minggu lepas ada dua ekor rama-rama yang cantik masuk ke dalam rumah..
Seekor terbang keluar dan seekor lagi mati di dalam rumah saya..mmmm...:)

Minggu lepas kawan saya pergi melancong..dia telah membelikan kain yangbermotifkan rama-rama...sungguh cantik..:)

Konklusinya...semua ciptaan ALLAH di muka bumi ini cantik dengan cara masing-masing..
Sentiasalah menjadi manusia yang bersyukur...
Semoga hidup kita diberkatiNYA..Amin..:)

Thursday, January 12, 2012

Perihal Tadika

Di awal tahun semua memperkatakan tentang persekolahan anak-anak..
Kemudian diselitkan..yalah masa kita dulu tidak punya banyak pilihan tadika seperti sekarang yang tumbuh bagaikan cendawan..
zaf : i dulu tabika perpaduan...
saya : i tadika Islam
yana : i tadika kemas
ramai-ramai ketawa..itu sajakah yang ada??kemudian masuk dua orang lagi
emy : i tadika kemas..
yana sangat gembira kerana ada geng yang sama tadikanya..
dilla : dilla sama ngan zaf tabika perpaduan...
saya tunggu juga kawan lain yang masuk supaya saya punya geng..tapi tiada..:)
itu saja perihal tadika..:)

Doa

Doa dan terus berdoa...
Semoga ALLAH mendengar doa saya..
AMIN YARABAL ALAMIN...:)

Sunday, January 8, 2012

Tetapi

Saya gembira tetapi sedih..
Saya sedih tetapi gembira...
Saya lah yang perlu mewarnainya...:)

Hambamu

Ini adalah lagu tema Imam Muda...

Saya suka lirik lagu ini..memberi inspirasi dan semangat kepada saya..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah